Friday, July 24, 2009

Epilog sebuah monolog.

Wahai mereka!

Eh.. aku! ye kau! kenapa? Macam mana kau dalam fikiran aku? Kau siapa? Aku la diri kau.. tetapi kau tak kenal siapa kau! Kenapa kau melarikan diri dari diri kau sendiri?

Begitulah sedikit sebanyak, sedutan dalam sebuah cerita yg bertemakan manusia. Menjejak mimpi yg bahagia, ibarat satu keseronokkan yg diimpikan oleh semua insan. Tapi, kemanakah arah tuju keseronokkan yg indah itu? Mungkin ia kearah sebuah kepuasan yg memangkinkan kehidupan manusia yg bodoh ini. Tetapi, adakah kekosongan itu akan diisi oleh manusia-manusia lain? Tidak mungkin berlaku!

Sayang, suka, minat, dan kata-kata indah itu hanyalah satu tema utk memanjangkan hayat mereka! Segalanya bermula dari sentuhan dan ia ibarat satu kejutan yg membunuh diri sendiri. Tetapi... kenapa aku tidak dpt membunuh diri aku sendiri? Kemanakah pergi nya sebuah fantasi yg di cipta oleh diri aku sendiri! Kemanakah perginya keseronokan hidup bersama! Ia hilang...

Dan ia juga bersifat sementara...

Sifat yg itu juga adalah satu hobi buat manusia yg berakal ini, ia datang.. ia pergi.. Tanpa menghiraukan betapa tebalnya tembok ini! Harapan meniti hari sentiasa bermain di depan ku. Tetapi! Ia telah terhenti... Di akhir waktu.. Aku hanya bersendirian, mengecapi satu nikmat yg jarang sekali seorang manusia merasaainya iaitu. "Kesedihan didalam sebuah kegembiraan".. Ini bukanlah epilog hidup aku.. tetapi ia adalah sebuah cerita bagi seorang manusia yg hilang arah tujuannya.

Aku amat benci yg berjumpa dengan manusia di sekeliling aku... Aku amat alergi kepada kawan-kawan yg dahulunya rapat, dan kini ia dalah sebuah diari lama. Aku bukan bersifat jiwang atau sentimental, aku hanya menulis apa yg segelintir manusia merasainya tanpa meluahkannya. Tapi kenapa aku yg perlu meluahkannya?

Adakah lelaki itu di jadikan utk membunuh sebuah jiwa? Adakah sebuah harapan yg diletakkan akan terkubur? Dimanakah tanggungjawab seorang manusia itu? Kenapa perlu mereka bersedih! sedangkan ia adalah kesilapan mereka sendiri! Tapi kenapa aku perlu membencinya? Kebosanan utk menghadapi lecak-lecak ini telah menebal dalam diri aku.. Kekosongan dlm diri ini dilapikkan dengan bebanan hidup yg bermula dari pukul 5 petang hingga ke 3 pagi. Tetapi bebanan aku kian memuncak.. Aku tidak mempunyai kebebasan utk berdiri.. Tiada teman utk bergurau senda.. Caci makian, keji mengeji, dan carutan yg indah itulah yg menjolok telinga manusia ini! Puaskah anda? Puaskah anda memaki diri aku? Puaskah anda mengata aku? Aku hanyalah alat mainan yg tiada batasnya.. Kepuasan mereka adalah satu kejahilan aku sebagai manusia.. Kesoronakkan mereka hanyalah serpihan dari sifat kasihan mereka..

Berdiri lagi aku memandang ke atas...

Aku memaki diri aku sendiri...

Dan akhirnya.. aku puas.. dan aku tewas dengan kata-kata aku sendiri... Aku di tampar! Aku di terajang oleh perasaan yg sunyi. Lalu, aku hanya tersenyum. Kerana, aku hanyalah boneka yg bernyawa. Peganglah aku.. dan mainlah... Aku rela.. Kenapa...? Kerana aku sudah penat utk berdiri sendiri.. Aku sudah penat utk memikirkan cerita dunia..

Dan kini...

Manusia ini, telah mengkuburkan sebuah coretan kekejaman seorang manusia di dalam akalnya, tanpa memikirkan yg mereka itu adalah utk diri manusia itu.

1 comment:

.ejat. said...

walauapa pun yg kau fikir.
aku xpenah pandang rendah terhadap kau.
aku tau kau ade keisitmewaan yg org lain xde.

aku sentiasa menyokong kau kawan :)