Monday, July 6, 2009

Cahaya/Sinar yang dari dia.

Lingkaran cahaya yg berputar, dari wajah dia dan gerak tari dia yang lemah lembut. Dari perbuatan dia yang penuh ku taksubkan, cahaya itu melingkari diri dia ibarat diri dia itu adalah yang kekal abadi.



Cuba membunuh diri tetapi gagal dilaksana, kerana terlalu kebal dengan duniawi.


Aku cuba duduk di penjuru bilik, rokok dinyalakan.


Bara di bakar.


Aku sedut dan hembus, segala-gala asap yang berkepul itu berpusu-pusu keluar dari badan ku.


Ibarat lingkaran cahaya putih menari-nari dipentas drama.


Aku dikelilingin oleh kelembutan, alunan kelembutan itu dapat dirasai pada permukaan badan ini.


Permikiran ini terlalu buntu untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dia, adakah kulit dia terlalu halus untuk diusap, berkecai; bekecamuk; komot. Jikalau aku tidak diperlukan lagi dia akan lontar aku sejauh yang mungkin.


Jauh...


Dari dunia dia, dari dunia aku. Kini aku di hujung galaksi, menanti pagi menjelma di luar angkasa ini. Tiada awan, gelap hanya hitam pekat yg dikelilingi oleh meteor-meteor kecil yg panas!


Telapak tangan ini kebas dari memegang dunia. Mati disauk oleh panas malam.


"Aku tidak mampu untuk tanggung sebuah cinta sempurna dari mu," corong radio melantunkan suaranya.


Akhirkan semuanya, bila kau sedar aku hilang dari kewujudan. Maka ianya akan kembali seperti biasa, ianya akan kekal seperti cahaya yang mengkaburi mata manusia. Dada ini disongsangkan ke arah syurga, nyawa ditarik.


Akan berakhir sebuah ceritera makhluk halus.


Kembalikan aku kedunia manusia.


_end. sipencarut.