Saturday, May 23, 2009

Dimanakah AKU?

Aku hanyut dibuai mimpi indah, dia datang dan pergi. Senyuman dihadiahkan itu tiada ucapan selamat tinggal utk aku.

Menggelabah, terkapai-kapai.

Mencari ruang untuk bernafas, malam yang indah ini kini berlumut bagi aku. Aku cuba memegangnya. Tetapi gagal untuk memeluknya.

Aku cuba mengubah segala-galanya, kini apa yang tinggal untuk aku? Hanya malam yang gelap.

Jangan kau tinggalkan segala kenangan, kerana dia akan buat aku senyum sepanjang hari. Mereka kata aku gila nanti.

Mengapa. Acap kali aku yang akan diketepikan?

Dalam pelbagai situasi dan keadaan ketika mereka berdepan dengan makhluk lain? Apa aku yg diidamkan pasti tidak akan dipenuhi, mereka akan melintas pergi tanpa membenarkan haruman mereka dihirup.

Malam kini terlalu panas, aku keseorangan..

Aku tidak takut, cuma lemas didalam kegelapan bersama bunyi kipas yang berdesing ini.

Pelbagai spekulasi dimainkan, ibarat melodi menembusi otak aku.

Kini aku terpaksa diam, biar aku kembali kedalam fasa bisu. Lihat dan pendam. Kerana ia tidak lagi berguna jikalau diuraikan.

Biar ruang gelap ini menjadi temanku, walau dada ini sakit ibarat dihempap batu besar aku akan tetap berdiri demi kebahagiaan mereka. Biar mereka kata aku ini jijik, biar mereka kata aku ini sampah, aku akan tetap berdiri.

Kerana dengan senyuman itu, aku akan bernafas seperti biasa, walau hampir separuh mati aku menahan segala-galanya. Tidak satu pun akan terburai ke tanah. Ia akan disimpan rapi didalam hati ini.

Segala usaha kelihatan kabur.

Aku tetap akan gilapnya walaupun tangan ini melecet semasa menggilapnya.

Walau berdarah, sederas mana pun darah mengalir. Aku tetap akan menggilapnya. Kerana aku tahu ia tetap akan berkilat.

Tiada siapa akan dengar jeritan mulut ini, biar permukaan hitam ini dicatitkan dengan pelbagai tulisan. Kerana aku tidak mampu terbang tinggi.

Deraian air mata kini mula kering, aku akan tahan ia dari jatuh lagi. Aku perlu mengisi ia semula.

Dimana pari-pari bumiku, wujudkah bidadari syurga yang menanti setiap manusia bumi? Apakah semuanya akan kabur?

Mengapa!

Adakah aku tidak layak untuk menerima segala-galanya.

_end. sipencarut.


this story dedicate to deyda. ;)

Friday, May 22, 2009

NOKTAH. sebuah diari.

Berpeluh, tangan ini. Dikesat pada permukaan pakaian. Ah! Melekit juga tangan ini.


Tingkap dibuka, udara dihirup.


Malam ditatap.


Mana perginya bintang? Bulan kini semakin tipis, dan sakit pada rupa wajahnya.


Mana perginya kata-kata manis si uda dan dara yang memuji-muji bulan dan bintang itu?


Kemana mereka hilang!


Semakin cantik mereka berpimpingan tangan, semakin jauh bulan itu melarikan dirinya. Semakin cantik peribahasa mereka, semakin kering jaluran-jaluran sungai itu.


Akhirnya kering kontang.


Mereka dahaga, lalu ditikam diri mereka demi setitik air. Mereka kehausan, diragut rumput-rumput itu moga-moga ada titisan air hujan bertakung di permukaan rumput itu. Mereka berteriak!


Kini lapar membunuh diri mereka. Sedikit demi sedikit, mencarik-carik urat perut. Lalu dihempaskan pada usus besar mereka. Menjerit!


Lalu!


Dikerat tangan itu untuk membanting perut mereka yang lapar itu!


Cinta tidak lagi menjadi satu persoalan siapa yang perlu hidup dipermukaan ini. Hanya kekejaman seorang manusia yang bertopengkan serikandi malam, yang kononnya dirinya bebas dari segala dosa. Kini, mereka diantara manusia yang bergelumang dengan dosa-dosa bumi ini.


Makin berat bahu kiri mereka, makin bengis Malaikat yang bakal menyoal mereka!


Hentikan wahai lakonan mu wahai uda dan dara. Kini tiada ruang untuk kalian bersandiwara dengan bibit manis percintaan kalian itu. Kini sudah sampai masanya, pengakhiran satu kemanisan itu ditawarkan untuk sebuah kehidupan yang lebih harmoni dimasa akan datang.


Kau jangan leka, kerana bumi ini sedang dimamah oleh catitan manis kau, kau jangan lari dari haluan kau. Kerana cahaya akan senantiasa mengejar kau. Jangan kau lipatkan akal kau itu demi sebuah objek yang bernama cinta.


Kerana...


Cinta tidak boleh menampung segala keperluan hidup kau, cinta tidak boleh membuatkan kau bahagia senantiasa. Kerana tiada cinta diantara kalian itu yang ikhlas.


Kerana manusia hidup bersebab!


Dan kau adalah sebab mengapa manusia lain masih berdiri.

_end. sipencarut.