Berpeluh, tangan ini. Dikesat pada permukaan pakaian. Ah! Melekit juga tangan ini.
Tingkap dibuka, udara dihirup.
Malam ditatap.
Mana perginya bintang? Bulan kini semakin tipis, dan sakit pada rupa wajahnya.
Mana perginya kata-kata manis si uda dan dara yang memuji-muji bulan dan bintang itu?
Kemana mereka hilang!
Semakin cantik mereka berpimpingan tangan, semakin jauh bulan itu melarikan dirinya. Semakin cantik peribahasa mereka, semakin kering jaluran-jaluran sungai itu.
Akhirnya kering kontang.
Mereka dahaga, lalu ditikam diri mereka demi setitik air. Mereka kehausan, diragut rumput-rumput itu moga-moga ada titisan air hujan bertakung di permukaan rumput itu. Mereka berteriak!
Kini lapar membunuh diri mereka. Sedikit demi sedikit, mencarik-carik urat perut. Lalu dihempaskan pada usus besar mereka. Menjerit!
Lalu!
Dikerat tangan itu untuk membanting perut mereka yang lapar itu!
Cinta tidak lagi menjadi satu persoalan siapa yang perlu hidup dipermukaan ini. Hanya kekejaman seorang manusia yang bertopengkan serikandi malam, yang kononnya dirinya bebas dari segala dosa. Kini, mereka diantara manusia yang bergelumang dengan dosa-dosa bumi ini.
Makin berat bahu kiri mereka, makin bengis Malaikat yang bakal menyoal mereka!
Hentikan wahai lakonan mu wahai uda dan dara. Kini tiada ruang untuk kalian bersandiwara dengan bibit manis percintaan kalian itu. Kini sudah sampai masanya, pengakhiran satu kemanisan itu ditawarkan untuk sebuah kehidupan yang lebih harmoni dimasa akan datang.
Kau jangan leka, kerana bumi ini sedang dimamah oleh catitan manis kau, kau jangan lari dari haluan kau. Kerana cahaya akan senantiasa mengejar kau. Jangan kau lipatkan akal kau itu demi sebuah objek yang bernama cinta.
Kerana...
Cinta tidak boleh menampung segala keperluan hidup kau, cinta tidak boleh membuatkan kau bahagia senantiasa. Kerana tiada cinta diantara kalian itu yang ikhlas.
Kerana manusia hidup bersebab!
Dan kau adalah sebab mengapa manusia lain masih berdiri.
_end. sipencarut.
No comments:
Post a Comment