Saturday, June 27, 2009

Mereka setiap harinya.

Mereka, tidak habis-habis dengan mereka.



Malam mereka. Siang mereka. Pagi mereka. Makan mereka. Hidup mereka.


Untuk apa diucapkan perkara yang telah lama berlalu, tiada apa. Ibarat sampah yang dibakar ditengah hari. Lemas ditelan asap. Mereka bodoh. Tidak tahu membezakan dunia nyata dengan fantasi mereka yg jijik itu.


Mereka tidak boleh hidup tanpa mereka.


Ah! Sungguh klasik cerita sebegini, ibarat drama melayu yang tidak sedar diri.


Kalau sekarang sibuk dengan peperangan, mereka sibuk dengan perihal bodoh mereka itu. Ibarat anjing dengan bayang-bayangnya. Menyalaklah!


Oh!


Menyalak lagi!


Esoknya lagi, cerita mereka. Ah! Bodoh.


Bayang-bayang apa yang mereka kejarkan, aku sendiri tidak nampak apa yang mereka gonggongkan dimulut mereka. Oh! Ada! Nama mereka.


Dia itu.. si polan si polan si polan.


Dia ini.. si polan si polan si polan.


Dia pun ada.. si polan si polan si polan.


Dia pun buat.. si polan si polan si polan.


Ah! Aku peduli apa? Apa aku kisah akan mereka lakukan? Mereka mati tepi jalan pun aku tidak kisah. Mahu pula aku hidu bauan mereka? Ah! Busuk!


Mereka bagus? Pergilah.


Aku bagus? Memang.


Terlalu bangang akal mereka berkata-kata dengan nama mereka itu. Jikalau memori itu boleh memberikan segala-galanya. Hiduplah dengan memori itu wahai makhluk bumi.


Beri anak-anak mu makan memori itu. RATAH!

Sunday, June 21, 2009

Bila akal tidak lagi berfungsi.

Mereka jadi gila, mereka jadi bodoh, mereka jadi tidak keruan, mereka jadi huru-hara, mereka tidak berperikemanusiaan, mereka tidak lagi waras, mereka tidak lagi tahu apa yang mereka lakukan, mereka jadi buntu, mereka jadi hitam, mereka jadi bebal, dan lain-lain.



Tiba-tiba...


Jam sudah terhenti, mata sudah lagi tidak berfungsi, mereka terlelap.


Alpa sebentar, aku bingung...


Ajaib! Mereka mati.


Aku gigit jari, aku diam dan lalu termenung.

_end. sipencarut.

Wednesday, June 17, 2009

LARA!!

"Cintakan membawamu... Kembali disini... Menuai rindu."



Suara beralun mengasyikan dunia halimunan aku, aku tetaskan lara aku. Kini ia berputar-putar! Kini ia berpusing, lebih enak jikalau jasad ini dibaringkan diatas tilam baru.


Oh enak..


Kalut otak berfikir, mereka melambungkan segala janji manis. Tetapi hambar jawapannya. Kononya ia hanya kata-kata, ya! Kata-kata sementara dari manusia jijik. Mohon tinggal sejenak, lupakan waktu.


Temani air hujan yang berlimpahan, banjir! Banjir!


Kesepian datang menemani aku, bola kini digolekkan, diputarkan, dilambungkan lalu dibiarkan hempas ke permukaan bumi!


Didalam ruang kosong, ia bergema.


Saat dusta mengalir, jujurkanlah hati.


Laut tidak selalunya biru, awan tidak selalunya putih, suara tidak selalunya merdu. Lunak merdu alunan suara kecil itu. Membunuh malam yang gelap, kini ianya putih.


Putih!!


Tiada apa yang tampak kelihatan, terlalu cerah, tiada jasad yang berani mendirikan badan mereka. Tenggelam! Hanyut!


Rasa yang ada ini hanya tinggal ilusi kesakitan yang terpancar pada permukaan dinding aku ini, menjalin semua mimpi yang ada! Kini tinggal ilusi optik yang kononya nyata!


Nyata!


Dimanakah bidadari putih yang muncul didalam mimpi aku, dimana bintang yang diciptakan untuk aku?


Dimanakah sajak, dan syair untuk makhluk hitam ini.


_end. sipencarut.

Saturday, June 13, 2009

Adakah ianya buta?

Manusia buta dengan pandangan mereka? Mengapa perlu wujud hari terakhir utk luahkan segala kasih sayang itu?

Mengapa tidak pada setiap masa bersama itu?

Setiap detik setiap saat dikira berharga buat aku.. Tiada satu detik aku anggap ianya sia-sia, tiada satu ruang pun aku anggap ianya membazir. Mereka tetap buta..

Jikalau aku tiada lagi, mereka akan luahkan segala-galanya, tetapi aku tahu? Pasti tidak..

Pasti ada ruang yang tertinggal buat mereka untuk aku.. Mereka sering kali sia-siakan setiap ungkapan aku. Kerana mereka buta, dan sebab itulah wujudnya hari terakhir untuk aku.

Dan sebab itulah aku sanggup menderita demi manusia yang aku sayangi.. Kebahagian mereka adalah tunjang untuk aku terus bernafas, tetapi mereka tidak mahu lihat, lebih tepat mereka membutakan diri mereka.

Mengapa?

Kerana mereka hanya tunggu hari terakhir itu, dan bagi aku setiap hari adalah hari terakhir aku..

Dan aku akan isikan setiap detik akhir bersama itu dengan kepelbagaian hidup untuk mereka rasa yang diri mereka itu adalah suatu yang penting buat aku.

Tanpa mereka pasti aku tidak akan ketawa, tanpa mereka pasti aku tidak akan menangis, dan tanpa mereka hidup aku pasti tidak akan lengkap.

Kerana mereka adalah segala-galanya...


_end. sipencarut.

Sunday, June 7, 2009

Setiap saat yang berlalu.

Adakalanya, kita buta dengan persekitaran. Adakalanya benda sekecil zarah kita lupakan. Adakalanya tragedi sebesar gajah kita abaikan. Adakalanya sekelumit bakteria kita biarkan.



Apa pun bentuk dan rupa tragedi dan perilaku itu, kita masih buta!


Mengapa?


Lumrah manusia yg sering kali lalai dengan kehidupan mereka.


Aku, tidak pernah alpa dengan persekitaran.Bagi aku, mungkin kau tak fikir macam tu. Dengan manusia sekeliling aku, adakalanya benda yang remeh akan aku pahatkan, kerana ia adalah memori yang tidak akan kembali lagi. Walaupun sesaat kita lepaskan, ia tidak akan berpatah balik. Dunia ini tidak membenarkan pusingan masa ini berlaku didalam keadaan yang terbalik!


Apa yang kita belanjakan itu tidak akan datang semula, apa yang kita telah lepaskan itu akan terus berlalu, apa yang kita idamkan itu tidak semestinya akan membenarkan ia di ambil. Apa yang kita mahukan itu tidak semestinya akan terbang begitu sahaja!


Mulut manis berkata-kata, hati manis menabur janji, dan akal senantiasa mahu ianya sempurna! Kerana ia adalah angan-angan yang dicipta oleh akal mereka. Apa yang berlaku, apa yang fizikal itu, apa yang kukuh itu adalah perbuatan yang disambut oleh akal yang waras.


Untuk apa aku carutkan kesempurnaan jikalau ianya adalah sebentuk kegagalan dalam sebuah diari kehidupan, mengapa?


Mengapa aku perlu serukan setiap kata-kata ini!!


Kerana bagi aku ia adalah satu detik manis, pahit, payau, pelbagai rasa!


Manis mata memandang, manis mulut berkata-kata.


Janji kehidupan paranormal itu kukuh, janji manusia ini penuh dengan liku dan selok-belok. Kita mungkin alpa!


Kita mungkin lalai! Kita mungkin lupa!


Siapa kita?


Siapa mereka?


Siapa mereka buat kita?


Siapa kita buat mereka?


Persoalan demi persoalan, sebutan demi sebutan. Mereka leretkan pada lidah mereka.


Apa yang tampak kelihatan?


Hanya janji manis seorang manusia yang bernyawa. Kerana janji itulah, manusia ini masih hidup dan bernyawa. Kerana janji itulah, manusia ini masih tersenyum girang. Dan, kerana janji itulah setiap detik yang dicatitkan amat bermakna buat si manusia.


_end. sipencarut.