Sunday, June 7, 2009

Setiap saat yang berlalu.

Adakalanya, kita buta dengan persekitaran. Adakalanya benda sekecil zarah kita lupakan. Adakalanya tragedi sebesar gajah kita abaikan. Adakalanya sekelumit bakteria kita biarkan.



Apa pun bentuk dan rupa tragedi dan perilaku itu, kita masih buta!


Mengapa?


Lumrah manusia yg sering kali lalai dengan kehidupan mereka.


Aku, tidak pernah alpa dengan persekitaran.Bagi aku, mungkin kau tak fikir macam tu. Dengan manusia sekeliling aku, adakalanya benda yang remeh akan aku pahatkan, kerana ia adalah memori yang tidak akan kembali lagi. Walaupun sesaat kita lepaskan, ia tidak akan berpatah balik. Dunia ini tidak membenarkan pusingan masa ini berlaku didalam keadaan yang terbalik!


Apa yang kita belanjakan itu tidak akan datang semula, apa yang kita telah lepaskan itu akan terus berlalu, apa yang kita idamkan itu tidak semestinya akan membenarkan ia di ambil. Apa yang kita mahukan itu tidak semestinya akan terbang begitu sahaja!


Mulut manis berkata-kata, hati manis menabur janji, dan akal senantiasa mahu ianya sempurna! Kerana ia adalah angan-angan yang dicipta oleh akal mereka. Apa yang berlaku, apa yang fizikal itu, apa yang kukuh itu adalah perbuatan yang disambut oleh akal yang waras.


Untuk apa aku carutkan kesempurnaan jikalau ianya adalah sebentuk kegagalan dalam sebuah diari kehidupan, mengapa?


Mengapa aku perlu serukan setiap kata-kata ini!!


Kerana bagi aku ia adalah satu detik manis, pahit, payau, pelbagai rasa!


Manis mata memandang, manis mulut berkata-kata.


Janji kehidupan paranormal itu kukuh, janji manusia ini penuh dengan liku dan selok-belok. Kita mungkin alpa!


Kita mungkin lalai! Kita mungkin lupa!


Siapa kita?


Siapa mereka?


Siapa mereka buat kita?


Siapa kita buat mereka?


Persoalan demi persoalan, sebutan demi sebutan. Mereka leretkan pada lidah mereka.


Apa yang tampak kelihatan?


Hanya janji manis seorang manusia yang bernyawa. Kerana janji itulah, manusia ini masih hidup dan bernyawa. Kerana janji itulah, manusia ini masih tersenyum girang. Dan, kerana janji itulah setiap detik yang dicatitkan amat bermakna buat si manusia.


_end. sipencarut.

No comments: