Tuesday, February 3, 2009

5hari sebelum ini.

hari itu hari khamis, hari yang paling aku anggap pelik dalam seumur hidup aku selama 22thn hidup didunia ini. pagi yang hampir subuh aku pulang kerumah. ternampak orang tua ku sedang menunaikan solat sunat sebelum ke masjid. secara automatiknya aku bertanya " ayah sembahyang kat masjid mana hari ni? " ayah ku yang agak pelik menjawap " tempat biasa, masjid baiduri ". aku menyahut " nak ikut, adie gi mandi jap ". ayah ku yang kehairanan membiarkan sahaja. mana tak pelik selama ni aku tak pernah pun tanya dia nak gi sembahyang kat mana. habis je solat subuh pagi tu aku yang tak dapat tidur berlegar-legar disekitar taman sendiri & terus berhenti dihadapan kedai gunting rambut. " ane kasi potong ini rambut, no4 oke??". aku botak menjelang petang aku mendapat panggilan dari ayahku " adie kau kat mana? standby kat rumah wan kau nak balik ni " aku pun menurut perintah pulang dengan segera. dalam pada menunggu ayahku pulang aku yang mengantuk tertidur dan mendapat imbasan seolah-olah ada orang lalu dihadapanku. jam menunjukkan pukul 6pm. ayahku tiba, aku mengangkat nenekku ke katil disebelah ruang tamu. aku penat, aku ke kamar tidurku. belum sempat tidur (5minit selepas angkat nenekku) aku TERSENTAK!. adie nenek kau dah takde....
" HAH? aku baru lepas angkat dia 5minit la, jng main2". ku pegang tubuhnya yang tua itu sejuk.
aku tak paham. memang tak paham sampai sekarang. jenazah yang dihantar ke seremban untuk dimandikan & dikebumikan disana. aku yang masih tak percaya tentang apa yang berlaku balik keesokkan harinya.

arwah nenekku dikebumikan di taman paroi jaya(sebelah stadium paroi n9). aku hanya dapat merasa mencium & mengangkat jenazah. aku pulang ke cheras dimana tempat aku tinggal.

_end. sipencarut.

1 comment:

deyda said...

innalillah.
semoga arwah nenek u ditempat kan bersama org2 yg solehah.